cuti sem dah habis pun..time cuti- cuti ni banyak betul orang kawin...bz memanjang....awal cuti sem bestfriend aku kawin and dua mngu lepas my sis kawin..aku?bile lagi?heheheheheh....
Esok last paper...Arab...study tak habis g..gitu2 lak tu...x patut betullah...itu bukan pointnye...
masalahnye sekarang tngah2 nk menidurkan diri org depan bilik nih pasang lagu hindustan...mak ai syahdu betul..tolonglah cik kak tau la nak study or dah habis exam ke or whateverla..tp prihatinlah ckit...tgh2 malam nih...prihatinlah orang2 yang nak exam pagi esok..tentu de yang tido awal n nak bangun awal study lagi...nk pasang pon slow lah ckit atau guna earphone!!! earphone xde ker....
Kesian kat roomate aku contohnya..dia de paper sok pagi...tgh aku menulis nih beberapa kali dia berpusing2 tak selesa..tp xtaulah if die syahdu mendengar... hehehe...like my bf say...layan jer lah...buat drama or berangan ker...kang aku menari depan bilik terkejut lak minachi yg pasang lagu tu kang...aduh siap gaya dalam kes bonda kui kegemaran yaya lagi tuh...heheheh jangan marah ya...
So kepada anda yang pernah berkelakuan begini ambillah pengajaran..tolonglah jadi prihatin..kolej ni bukan milik anda jer...kite guna sama2 ek..sama2 byr..xkisah r guna duit ptptn, jpa or pa&ma...pe kaitan ntah...dah lari point...mase gini barulah aku faham perasan nina trauma time de minah mane pasang lagu kuat2 time die study..sampai aku pasang lagu lucky atau nyanyi dia bengang semacam jer...gini perasaan nyer rupanya....
saat aku nak publish ni roomate aku nak menutup telinga nye dengan bantal....huhuhu...kesian die....bengang....

Betapa sukar untuk ke langkah yang sebenar..

Semakin laju langkah kaki…

Semakin tertanya di lubuk hati..

Adakah aku di langkah sebenar?

Atau masih hanyut di bawa badai?

Masih betulkah laluan ku ini?

Atau sudah tersasar jauh dari persimpangannya..

Jika aku sudah sesat..

Jika aku sudah tersasar..

Tolong tunjukkan aku jalan..

Tolong berikan aku pedoman..

Tolong berikan aku hidayah..

Tolong berikan aku bimbingan..

Sesungguhnya aku insan lemah..

Duhai Tuhan..

Ya Rabb…Ya Karim..

Kau Maha Pengasih..

Dan Kau Maha Penyayang…

Aku tak mahu jauh daripadamu…

Pulangkan aku ke sisiMu..

Sebelum Kau ambil nyawaku….

satu iktibar..aku copy dari blog cikgu aku...semoga ia jadi panduan pada diri aku yang serba lemah dan kepada semua...semoga allah ampuni dosa kita...dengan penuh keinsafan.....

Kami Tidak Berzina! Coretan Kisah Benar


Maaf, saya tidak menuduh awak berzina tetapi awak menghampiri zina.
Kami hanya berbual, berbincang, bertanya khabar, minum-minum ? Adakah itu menghampiri zina?

Ya, perbuatan itu boleh menjerumus pelaku nya ke lembah perzinaan.

Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat ke arah itu.

Hari ini, ya. Besok mungkin kamu kecundang. Kamu dalam bahaya. Iblis dan syaitan akan memerangkap kamu. Sudah banyak tipu daya iblis yang mengena sasaran. Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya amat halus. Ia telah menipu moyang kita yang pertama, Adam dan Hawa. Jangan pula terlupa. Siapalah kita jika dibandingkan dengan Adam dan Hawa? Iblis amat licik. Pengalaman banyak. Ia ada lebih 1001 cara.

Ingat, Pesanan Rasulullah: Jangan engkau bersendirian dengan seorang wanita kecuali ketiganya adalah syaitan ( HR Tabrani ). Syaitan akan menghembus perasaan berahi. Kita lemah untuk menghadapi tipu daya iblis.

Tidak semestinya semua orang yang bercinta menjurus kepada perzinaan. Ada yang hanya bercinta dalam telefon dan hantar sms sahaja. Tak pernah bersua muka pun!

Betul! Itu adalah salah satu yang dimaksudkan dengan menghampiri zina. Memang pada awalnya tidak bersua muka, tapi perasaan pasti bergelora. Lambat launnya desakan nafsu dan perasaan serta hasutan iblis, akan mengheret kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan terhenti di situ sahaja. Percayalah, ia akan berlanjutan dan berterusan. Tidakkah itu boleh membawa kepada perzinaan akhirnya?

Takkan nak berbual-bual pun tak boleh? Itu pun zina juga ke?

Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya, ada zina betul, ada zina tangan iaitu berpegang-pegang, dan ada zina mata iaitu melihat kekasih dengan perasaan berahi. Melihat auratnya juga zina mata. Zina hati iaitu khayalan berahi dengan kekasih sepertimana yang dinyatakan oleh Rasulullah: Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua kaki juga berzina dan zinanya adalah berjalan ( menuju ketempat pertemuan ). Mulut juga berzina dan zinanya adalah ciuman ( HR Muslim dan Abu Daud ).

Sebenarnya jalan dan lorong menuju kepada perzinaan amat banyak. Jangan biarkan diri kita berada atau melalui mana-mana jalan atau lorong yang boleh membawa kepada perzinaan.

Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke? Bincang pelajaran sahaja! Berdiskusi pelajaran betul ke?

Jangan tipu. Allah tahu apa yang terselit di dalam hati hamba-hambanya. Kita belajar nak keberkatan. Kalau cemerlang sekalipun, kalau tidak diberkati oleh Allah, kejayaan tidak akan membawa kebahagiaan. Hidup tidak bahagia, akhirat lebih lagilah. Jangan berselindung disebalik pelajaran yang mulia. Allah suka kepada orang yang berilmu. Jadi belajar akan jadi ibadat. Adakah berdiskusi macam ni akan ditulis ibadat oleh malaikat Raqib dan Atid?

Sungguh! Bincang pelajaran sahaja. Ni ?study group?

Study Group?? Nampak lain macam saja, manja, senyum memanjang, tak macam gaya berdiskusi. Takkan study group berdua sahaja? Kemana-manapun berdua. Kalau ye pun, carilah group study ramai sikit. Kalau duduk berdua-duaan macam ni, betul ke bincang pelajaran? Jangan-jangan sekejap sahaja bincang pelajaran. Yang lain tu? Banyak dihabiskan dengan fantasi cinta!

Tidaklah. Sungguh berbincang pelajaran.

Baik sungguh awak berdua. Takkanlah awak berdua tak ada perasaan apa-apa? Awak kurang sihat ke? Ingat, kita bukan malaikat tak ada nafsu. Kita manusia. Jangan menafikan fitrah manusia.

Kami sama-sama belajar, study group, saling memberi semangat dan motivasi.

Tak adakah kaum sejenis yang boleh dijadikan rakan belajar? Habis sudahkah kaum sejenis yang boleh memberikan motivasi? Jangan hina kaum sejenis kita. Ingat, banyak orang cemerlang yang belajar hanya dengan kaum sejenis. Lebih tenang perasaan, tidak terganggu, dapat berkat dan rahmat pula.

Takkanlah tak ada ruang langsung yang dibenarkan Islam untuk bercinta? Adakah Islam membunuh terus naluri cinta?

Naluri adalah sebahagian daripada kesempurnaan manusia. Naluri ingin memiliki dan suka kalau dimiliki ( sense of belonging ) adalah fitrah. Kalau naluri itu tidak wujud pada diri seorang, tak normal namanya. Islam bukan datang membunuh naluri dan keinginan itu, tidak! Islam tidak suruh membunuh naluri seperti yang dilakukan oleh paderi atau sami. Jangan nafikan naluri ini.

Jangan berbohong pada diri sendiri. Bukan salah dan berdosa kalau perasaan itu datang tanpa diundang. Itu adalah fitrah. Cuma tundukkan naluri itu untuk patuh pada perintah Allah. Jadilah manusia yang sihat nalurinya. Jangan jadi malaikat! Kerana Allah ciptakan kita sebagai manusia. Dunia dan segala isinya akan hambar tanpa naluri/nafsu.

Tentu ada cinta secara Islam.

Cinta secara Islam hanya satu, iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab qabul; Cinta selepas kahwin. Itulah cinta sakral dan qudus. Cinta yang bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan agama kita, Islam. Apabila Islam melarang sesuatu perkara, tentu ia digantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Kalau ia melarang cinta antara lelaki dan perempuan sebelum kahwin, ia membawa sesuatu sebagai ganti yang lebih baik iaitu perkahwinan. Sabda Rasulullah: Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah.( HR Ibni Majah ). Cinta adalah maruah manusia. Ia terlalu mulia.

Kalau begitu, Cinta remaja semua menghampiri kepada perzinaan?

Ya. Kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan turut terusik. Kemudian perasaan dilayan. Kemudian teringat, rindu. Kemudian diatur pertemuan. Kemudian duduk berdua-dua. Kemudian, mencari tempat sunyi sedikit. Kemudian berbual sehingga malam gelap. Hubungan semakin akrab, dah pegang tangan, duduk makin dekat. Kalau tadi macam kawan, sekarang macam pengantin hampir dan dekat dengan perzinaan? Penghujung jalan cinta adalah perzinaan dan kesengsaraan. Berapa ramai orang yang bercinta telah sampai kepada daerah perzinaan dan kesengsaraan. Kasihanilah diri dan ibubapa yang melahirkan kita dalam keadaan putih bersih tanpa noda daripada seekor nyamuk sekalipun.

Masih ramai orang yang bercinta tetapi tetap selamat, tidak sampai berzina. Kami tahan diuji.

Allah yang menciptakan manusia. Dia tahu kekuatan dan kelemahan manusia. Manusia tidak tahan ujian. Oleh itu Allah memerintahkan supaya jauhi perkara yang ditegah takut manusia akan kecundang. Jadi manusia itu tak tahan diuji?

Kita manusia dari keturunan Adam dan Hawa. Sejak dari awal penciptaan manusia, Allah telah mengingatkan manusia bahawa mereka tidak tahan dengan ujian walaupun kecil. Allah takdirkan satu peristiwa untuk iktibar manusia. Allah tegah Adam dan Hawa supaya jangan makan buah khuldi dalam syurga. Buah yang lain boleh makan. Allah tahu kelemahan pada ciptaannya, manusia. Tak tahan diuji. Oleh itu Allah telah berpesan kepada Adam dan Hawa, jangan hampiri pokok kuldi itu. Firman Allah: Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini, jika kamu menghampirinya maka akan jadilah kamu dari orang-orang yang zalim. ( al- ‘araf )

Tegahan yang sebenarnya adalah memakan buah khuldi. Tetapi Allah tahu sifat kelemahan Adam dan Hawa. Jika menghampiri perkara tegahan, takut nanti mereka akan memakannya. Kerana mereka tidak dapat mengawal diri.

Demikianlah dengan zina. Ditegah berzina. Maka jalan ke arah perzinaan juga dilarang. Takut apabila berhadapan dengan godaan perzinaan, kedua-duanya akan kecundang. Cukuplah kita belajar dari pengalaman nenek moyang kita Adam dan Hawa.

Tetapi cinta selepas kahwin banyak masalah. Kita tak kenal pasangan kita secara dekat. Bercinta adalah untuk mengenal hati budi pasangan sebelum buat keputusan berkahwin.

Bolehkah percaya dengan perwatakan masa sedang bercinta? Bercinta penuh dengan lakonan yang dibuat-buat dan kepura-puraan. Masing-masing akan berlakon dengan watak yang terbaik. Penyayang, penyabar, pemurah dan berbagai-bagai lagi. Masa bercinta adalah alam lakonan semata-mata. Masa bercinta, merajuk ada yang akan pujuk. Jangan harap lepas kahwin, bila merajuk akan ada yang memujuk.

Banyak orang yang kecewa dan tertipu dengan keperibadian pasangan semasa bercinta. Perangai pasangan jauh berbeza. Macam langit dengan bumi. Masa bercinta, dia seorang yang amat penyayang. Penyabar, sabar tunggu pasangan terlambat berjam-jam. Tapi bila dah kahwin, lewat lima minit dah kena tengking.

Jadi perwatakan dalam masa bercinta tidak boleh dipercayai. Percintaan adalah satu kepuraan atau hipokrit.

Percayalah, kami bercinta demi merancang kebahagiaan hidup nanti.

Bagaimana diharap kebahagiaan jika tidak mendapat redha Allah? Kebahagiaan adalah anugerah Allah kepada hamba-hambanya yang terpilih. Kebahagiaan bukan ciptaan manusia. Manusia hanya merancang kebahagiaan. Allah yang akan menganugerahinya.

Bagaimana mendapat anugerah kebahagiaan itu, jika jalan mencapai kebahagiaan itu tidak diredai Allah. Kebahagiaan hidup berumah tangga mestilah melalui proses yang betul. Sudah tentu prosesnya bukan bercinta begini. Allah tidak meredai percintaan ini. Cinta yang diredai Allah adalah cinta selepas kahwin.

Bagaimana untuk mendapat keluarga bahagia jika langkah mula sudahpun canggung, bagaimana kesudahannya?

Tanya sedikit? Adik angkat, kakak angkat, abang angkat boleh ke? Ganti bercinta?

Semua itu adalah perangkap iblis dan syaitan. Hakikatnya adalah sama. Cinta yang diberi nafas baru. Kulitnya nampak berlainan tetapi isinya adalah sama. Adik angkat, kakak angkat, abang angkat adalah suatu bentuk tipu daya iblis dan syaitan. Manusia yang terlibat dengan budaya ? angkat ? Ini sebenarnya telah masuk ke dalam perangkap syaitan. Cuma menunggu masa untuk dikorbankan. Namakan apa sekalipun, abang angkat ke, motivator ke, semuanya adalah sama. Jalan akhirnya akan bertemu dengan zina.

Jadi, seolah-olah orang yang bercinta telah hilang maruah diri?

Mengukur maruah diri bukan ditentukan oleh manusia tetapi oleh pencipta manusia. Sebab ukuran manusia berbeza-beza. Orang yang sedang mabuk bercinta akan menyatakan orang yang sedang bercinta tidak menjejaskan apa-apa maruah dirinya. Manakala, Bagi orang yang menjaga diri, tidak mahu terlibat dengan cinta sebelum kahwin, akan mengatakan orang yang bercinta sudah tidak bermaruah lagi. Cintanya ditumpahkan kepada orang yang belum layak menerima cinta suci itu.

Kalau begitu ukuran bermaruah atau tidak adalah ditentukan oleh Allah. Adakah orang yang bercinta hilang maruahnya?

Antara kemuliaan manusia ialah maruah dirinya. Orang yang bercinta seolah-olah cuba menggadai maruahnya kerana mereka menghampiri perzinaan. Manakala orang yang bercinta dan pernah berzina tidak layak berkahwin kecuali dengan orang yang pernah berzina juga. Mereka tidak layak untuk berkahwin dengan orang yang beriman.

Allah Berfirman maksudnya: Lelaki yang berzina ( lazimnya ) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula ( lazimnya ) tidak ingin berkahwin dengannya melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada orang-orang yang beriman. ( Surah an- Nur: 3)

Jadi orang yang bercinta itu hanya layak berkahwin dengan orang yang pernah bercinta juga?

Itulah pasangan yang layak untuk dirinya. Kerana wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik.

Kami telah berjanji sehidup semati.

Apa ada pada janji cinta? Berapa banyak sudah janji cinta yang musnah?

Lelaki, jangan diharap pada janji lelaki. Mereka hanya menunggu peluang keemasan sahaja. Habis madu, sepah dibuang. Pepatah itu diungkap kerana ia sering berulang hingga ia menjadi pepatah.

Si dia ini lain dari yang lain. Dia lelaki yang penyayang dan bertanggungjawab.

Tahukah hati budi lelaki?

Sejahat mana lelaki apabila ingin mengambil seorang wanita sebagai isteri dan seterusnya menjadi ibu untuk anak-anaknya, dia akan memilih wanita yang baik. Tetapi untuk berseronok, suka berfoya-foya, lelaki biasanya akan memilih perempuan murahan kerana ia suatu pelaburan yang menguntungkan. Itulah rahsia lelaki.

Jadi, perempuan yang bercinta, jatuh maruahnya pada pandangan lelaki?

Tentu. Mana ada orang lelaki yang normal suka pada barang yang second hand ? Sedangkan barang yang baru masih ada. Sesetengah mereka menggambarkan perempuan seperti kereta yang diletakkan di Show room sahaja; display only. Tapi ada yang boleh test drive. Ada pula kata; sekadar sepinggan mee goreng dan segelas sirap bandung, bawalah ke hulu ke hilir. Sedihkan. Itulah hakikatnya.

Masih adakah orang yang tidak bercinta pada zaman ini?

Ya, masih ada orang yang suci dalam debu. Golongan ini akan sentiasa ada walaupun jumlah mereka kecil. Mereka akan bertemu suatu hari nanti. Mereka ada pasangannya. Firman Allah: Dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya ( yang memelihara dirinya daripada melakukan zina )?Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar. ( Al-Ahzab: 35 )

Bagaimana kami?

Kamu masih ada peluang.

Bertaubatlah dengan taubat nasuha. Berdoalah serta mohon keampunan dariNya. Mohonlah petunjuk dan kekuatan untuk mendapat redanya.

Kami ingin mendapat reda Tuhan. Tunjukkan bagaimana taubat nasuha?

Taubat yang murni. Taubat yang sebenar-benarnya. Taubat yang memenuhi 3 syarat:

1. Tinggalkan perbuatan maksiat. Putuskan hubungan cinta yang tidak diredai Allah ini.

2. Menyesal. Menginsafi diri di atas tindak tanduk hidup yang menjurus diri dalam percintaan.

3. Berazam. Bertekad di dalam hati tidak bercinta lagi dengan sesiapa kecuali dengan orang yang bernama isteri atau suami. Saatnya adalah selepas Ijab Kabul.

Ya Allah. Hambamu telah tersesat jalan. Ampunilah dosa-dosa hambamu ini. Sesungguhnya engkau maha pengampun dan penerima taubat. Berilah kekuatan kepadaku untuk menghadapi godaan keremajaan ini. Anugerahkan kepadaku perasaan benci kepada maksiat. Hiasilah diriku dengan akhlak yang mulia. Ibu dan ayah, Anakmu berdosa. Engkau jaga diriku sedari kecil dengan kasih sayang. Mengapa ku curahkan kasih itu kepada orang lain. Oh tuhan, hambamu berdosa?


Amin, Ya Rabb. Moga Allah terima taubat kami. Kita berpisah kerana Allah. Kalau ada jodoh, tidak ke mana! Ya Allah bantulah kami. Kini kami datang kepintu-Mu mencari reda-Mu. Terimalah taubat kami.

Obama: Antara kita dengan Amerika


Dunia hari ini nampaknya memberikan harapan yang besar kepada Barack Obama, bakal Presiden Amerika Syarikat (AS) yang baru sahaja memenangi pilihan raya Presiden dengan cemerlangnya. Sokongan dan harapan diluahkan seakan beliaulah penyelamat dunia dari penyalahgunaan kekuatan oleh beberapa presiden AS sebelumnya. Ketika pilihan raya itu berlangsung, saya berada di Jakarta atas lawatan kerja bersama Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail. Nampaknya, orang Indonesia pun ramai yang sokong Obama. Ada poster dan kain rentang yang menyatakan sokongan kepadanya. Tidak pasti, sama ada kerana dia pernah tinggal di Indonesia, atau kerana dia dilihat lebih baik dari 'para penghisap darah manusia' yang berada di tampuk itu sebelumnya. Beberapa pihak lain juga dengan pantas menyatakan sokongan kepada Obama. Saya masih belum dapat membuat keputusan yang pasti. Politik itu boleh merubah banyak perkara terutama watak dan sikap manusia. Namun, saya mengharapkan sekurang-kurangnya beliau dapat mengurangkan mudarat Amerika kepada dunia yang banyak berlaku sebelum ini, terutama dalam isu Iraq dan Palestin. Harapan ini meniru sikap umat Islam pada zaman Nabi SAW apabila berlaku pertembungan antara tentera Romawi dengan tentera Parsi. Walaupun kedua-duanya bukan di pihak Islam, namun perasaan umat Islam menyokong Rom disebabkan agama mereka iaitu Kristian lebih dekat kepada Islam dibanding agama Parsi iaitu Majusi yang menyembah berhala dan api. Apabila Rom tewas, perasaan umat Islam ketika itu tidak gembira dan mengharapkan agar Rom akan kembali menang. Allah merakamkan hal ini dalam Surah al-Rom ayat 1-4: (maksudnya) "Alif, Laam, Miim. Rom telah dikalahkan -Di bumi (tempat peperangan) yang paling rendah; dan mereka sesudah kekalahannya itu akan dapat mengalahkan (menang kembali). Dalam masa tidak sampai sepuluh tahun. Kepada Allah jualah terpulang segala urusan, sebelum berlakunya dan sesudah berlakunya; dan pada ketika berlakunya (kemenangan Rom) itu, orang-orang yang beriman akan bergembira".

Ayat tersebut memperlihatkan ketajaman sikap umat Islam ketika zaman Rasulullah SAW dalam menilai antara dua pihak yang bersengketa. Ketajaman dalam menilai antara yang buruk dengan lebih buruk, atau antara yang bahaya dengan yang lebih bahaya. Allah merakamkan perasaan mereka itu dalam al-Quran sebagai tanda penilaian dan sikap yang seperti itu diredai oleh-Nya. Kegagalan membezakan isu yang ada di hadapan umat, sering menyebabkan kita gagal dalam menyelesaikan masalah dan gagal mengambil sikap yang lebih tepat. Saya bukan ingin menyokong Obama atau menentangnya. Masih awal untuk membuat pendirian tentang tokoh baru politik AS itu, bahkan dunia, yang sedang memahat dirinya di persada sejarah. Cuma saya ingin menyentuh beberapa isu berkaitan dengan beliau, negara Amerika dan kita.

Walaupun kita sering mengkritik AS dan rakyatnya, namun sebenarnya dalam bukan sedikit perkara, mereka lebih baik daripada kita. Kita ambil cara mereka berkempen semasa pilihan raya, kita dapat lihat kematangan dan kewibawaan. Rakyat mereka diberi peluang memilih dan berfikir dengan ruang yang terbuka dan adil. Calon-calon yang bertanding sedaya mungkin cuba membuktikan kewibawaan masing-masing di sudut peribadi, perancangan untuk rakyat, karisma dalam kepimpinan dan segala yang berkaitan dengannya. Walaupun duit memainkan peranan dalam kelancaran kempen, tetapi rakyat tidak digula-gula dengan wang kocek, atau 'duit sakti' yang muncul secara tiba-tiba, sebaliknya saban hari rakyat cuba menilai siapakah pada pandangan mereka lebih mampu membawa mereka dan harapan mereka terlaksana dalam negara yang besar itu. Setiap calon mengemukakan wawasan mereka secara terperinci, memperdebatkannya secara terbuka dan menjawab segala andaian politik dan ekonomi secara yang membuktikan mereka tokoh yang mempunyai kewibawaan untuk memimpin. Saya teringatkan pantun seorang wakil rakyat Perlis, katanya: "Jika ingin mencari tempat mandi, pertama teluk, keduanya pantai jika ingin mencari pemimpin berbudi, pertama elok, keduanya pandai".

Demokrasi

Demikian demokrasi yang wujud dalam negara Amerika yang memberi peluang kepada rakyatnya membuat pilihan yang lebih telus. Seorang yang hendak jadi Presiden AS perlu mempunyai 'otak sendiri' bukan meminjam 'otak orang lain' lalu mengaku pandai seperti yang terjadi di negara-negara 'mundur akal' yang para pemimpinnya 'kurang cerdik' di make-up oleh para pengampu sehingga kelihatan 'cerdik-cerdik bodoh'. Puisi dan syair diungkapkan oleh 'sasterawan cari makan' sehingga tindakan selekeh seorang pemimpin dipuitiskan dalam rangkap-rangkap kalimat bahasa. 'Tokoh-tokoh jadian' yang berkepentingan juga dengan mudah membuat kenyataan-kenyataan menyokong seseorang pemimpin sekalipun ternyata salah dan lemah. 'Ulama upahan' pula akan membaca ayat-ayat mengampu yang boleh menjadi jampi yang menyebabkan wang penuh ke kocek masing-masing, atau yang dapat mengekalkan mereka di kerusi empuk kesayangan. Sehingga pemimpin yang ucapannya merepek dikatakan cemerlang, ideanya lemah dikatakan gemilang, dan wawasan yang memusnahkan dikatakan terbilang. Itulah nasib rakyat di negara-negara 'mundur akal' yang mereka sering ditemberang. Malang sekali, sebahagian besar negara mundur akal dan hilang kebebasan minda itu adalah negara-negara umat Islam sendiri.

Di negara-negara mundur akal, pemimpin dipilih kerana wangnya atau partinya. Bukan kewibawaan dan kemampuannya. Bak kata sebuah hadis yang lemah sanadnya: "seperti mana kamu, demikian mereka yang memerintah kamu". Padahal Allah memerintahkan kita dengan firman-Nya: (maksudnya) "Sesungguhnya Allah menyuruh kamu memberikan amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya) dan apabila kamu berhukum di kalangan manusia maka hendaklah kamu berhukum dengan adil. Sesungguhnya Allah memberikan pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu." (Surah an-Nisa' ayat 58).

Obama menjadi Presiden AS berkulit hitam yang pertama. Rakyat AS membelakangkan isu warna kulit dan mendahului persoalan kewibawaan, idea dan masa depan mereka. Inilah yang dimimpikan oleh Martin Luther King dalam ucapan I Have A Dream pada Ogos 1963. Martin Luther telah pun meninggal, namun impiannya lebih empat puluh tahun kemudian telah direalisasikan oleh rakyat AS.

Seperti mana yang saya sebut pada awal tadi, saya tidak ingin menaruh harapan yang tinggi kepada Obama, kerana dalam demokrasi tanpa iman segala mungkin. Apa yang dapat kita lihat adalah tajdid atau perubahan dari satu keadaan kepada keadaan yang lebih baik adalah keperluan manusia. Manusia akan sampai ke titik 'tepu' sesuatu keadaan membawa kepada desakan perubahan. Juga, manusia itu mungkin boleh ditipu atau diperkotak-katikkan dalam beberapa tempoh, tapi tidak untuk selama-lamanya. Akan sampai kepada saat kebangkitan dan tuntutan kepada pembaharuan yang tidak mungkin dapat ditolak lagi oleh segala cara tipu daya. Kesempatan ini telah digunakan oleh Obama dengan slogannya "Change We Need". Cumanya, yang boleh untuk dipertikaikan, apakah langkah perubahan yang cuba diambil itu benar-benar mengubah ke arah yang diimpikan, atau sekadar slogan, atau ke arah yang lebih buruk.

Jika kita lihat kepada peringatan Nabi SAW, baginda menyebut: "Sesungguhnya Allah akan membangkitkan pada kepala setiap seratus tahun sesiapa yang akan membaharukan untuk umat ini agama mereka" (Hadis riwayat Abu Daud, sahih). Dalam konteks Islam, pembaharuan agama bukan bermaksud membawa agama yang baru, sebaliknya 'membaharukan' semula sikap umat dalam beragama apabila menjadi buruk dan lemah akibat perubahan zaman dan keadaan yang melanda. Islam yang diturunkan Allah sesuai untuk sepanjang zaman dan setiap tempat. Namun, pemahaman umat kadang-kala tersasar, sikap mereka kadang-kala jauh menepati kehendak wahyu, juga tokok-tambah yang salah dan bidaah yang masuk ke dalam agama menyebabkan rupa agama menjadi buruk. Imej agama menjadi suram dan muram. Umat berada dalam kekeliruan. Maka, Allah bangkitkan bagi setiap seratus tahun tokoh-tokoh yang akan melakukan gerakan 'tajdid' atau pembaharuan. Para sarjana berbincang panjang tentang siapakah tokoh-tokoh yang dimaksudkan itu. Apakah semestinya seorang bagi setiap zaman, atau seorang bagi setiap bidang, atau seorang bagi setiap kawasan dan bangsa, atau mungkin juga beberapa orang dalam satu ketika dan seumpamanya. Saya tidak mahu memperincikan perbincangan itu di sini, apa yang penting proses atau usaha ke arah pembaharuan pemikiran dan sikap umat adalah suatu keperluan yang diakui oleh agama. Maka lahirlah pada seratus tahun yang pertama 'Umar bin 'Abd al-Aziz, khalifah yang membuat pembaharuan dalam politik dan beberapa sektor yang lain. Bukan maksudnya ketika itu orang Islam semuanya sesat. Sama sekali tidak! Bahkan 'Umar bin 'Abd al-'Aziz hidup pada zaman salafussallih iaitu generasi salaf yang salih yang diiktiraf kebaikannya oleh Nabi SAW. Namun 'Umar bin 'Abd al-'Aziz untuk menguatkan sektor-sektor yang lemah di kalangan umat dan menghidupkan semangat dan kesedaran umat. Selepas itu zaman demi zaman berbagai-bagai tokoh muncul demi membangkitkan semula umat di sudut kefahaman atau sikap. Muncul tokoh-tokoh mujaddid yang terkenal seperti al-Imam al-Syafi'i, Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah dan berbagai-bagai lagi yang memberikan sumbangan yang besar kepada kebangkitan umat. Mereka melaksanakan tugasan yang disebut oleh Nabi SAW: "Hendaklah membawa ilmu ini mereka yang adil dari para penyambung (dari setiap generasi); mereka menafikan (menentang) penyelewengan golongan yang melampaui batas, dakwaan bohong golongan yang batil dan takwilan golongan yang jahil" (Riwayat al-Bazzar, al-Baihaqi dan al-'Uqaili, hadis ini bertaraf hasan). Ringkasan daripada hadis ini ialah tugasan para pejuang Islam yang adalah memelihara Islam daripada ancaman-ancaman berikut: Satu: Penyelewengan golongan yang melampau. Golongan ini melampau atau menyusah-nyusah dalam beragama melebihi apa yang diajar oleh al-Quran dan al-Sunnah. Kedua: Dakwaan palsu golongan yang batil. Golongan ini membuat dakwaan-dakwaan palsu atas agama. Sama ada mereka mengada-adakan hadis-hadis palsu, atau menokok tambah ajaran agama tanpa dalil yang mengizinkan. Ketiga: Takwilan golongan yang jahil: Golongan yang jahil menakwilkan nas-nas agama tidak berdasarkan kaedah disiplin ilmu Islam yang betul. Keseluruhan hadis ini menggesa agar ilmuwan Islam yang sebenar bekerja memelihara Islam dan minda umat agar tidak terjerumus ke dalam krisis pemikiran yang membawa keruntuhan tamadun dan sikap.

Jelas sekali, pembaharuan dan gerakan pembaharuan adalah suatu keperluan bagi umat ini. Sekalipun gerakan pembaharuan itu sering ditentang oleh golongan yang berkepentingan, namun ia adalah kewajipan yang mesti dihidupkan. Dahulu dalam masyarakat Melayu ketika tokoh-tokoh pembaharuan menentang paksaan kahwin ke atas anak dara, anggapan mata pelajaran akademik sebagai sekular, larangan wanita pergi ke pusat pengajian tinggi, mandi Safar, tepung tawar, kepercayaan khurafat yang dikaitkan dengan agama dan berbagai-bagai lagi mereka dicop sebagai 'kaum muda', Wahhabi dan berbagai-bagai gelaran yang lain. Inilah nasib yang menimpa Za'ba, Syed Syeikh al-Hadi, Abu Bakar al-Baqir dan lain-lain lagi. Namun hari ini, umat menikmati hasil pembaharuan yang mereka lakukan dan korban diri mereka kerananya.

Pembaharuan

Gerakan pembaharuan terus diperlukan apabila umat berada dalam krisis dan kejatuhan. Umat Islam sedunia memerlukan gerakan pembaharuan yang berkesan. Di negara kita, kita perlukan tajdid atau pembaharuan dalam politik, ekonomi, sosial dan lain-lain. Akar utamanya adalah tajdid dalam pemikiran agama agar kembali segar dan menampilkan imej Islam yang dapat menghadapi cabaran zaman dan perubahan minda umat. Umpamanya, amatlah malang kita ini, jika lebih lima puluh tahun merdeka, orang bukan Islam masih kurang faham tentang Islam, bahkan ramai pula yang dikatakan ingin murtad. Sementara yang masuk ke dalam Islam tidak mencapai kadar yang memuaskan. Ke mana perginya peruntukan ratusan juta yang diberikan atas nama 'kemajuan Islam' dibelanjakan?. Adakah sekadar untuk jamuan hari raya, atau rombongan ke luar negara, atau membuat astaka, atau harga bunga menghias meja? Generasi baru yang mula meminggirkan prinsip-prinsip Islam atau mula hilang keyakinan terhadap penerangan Islam yang diberikan walaupun belanja bagi setiap program itu begitu tinggi. Ke manakah kesan pemikiran Islam dalam politik dan kehidupan bernegara? Ke manakah Islam yang harmoni, yang memberikan kebebasan minda dan pembinaan akal yang sempurna? Kita perlukan tajdid atau pembaharuan secara lebih bersungguh dalam pengurusan agama dan pemikiran agama di negara ini. Seterusnya, perubahan itu mesti mencakupi keseluruhan bidang lain hingga dapat membangunkan kembali umat. Jika rakyat AS sedang cuba melakukannya, mengapakah kita tidak?

LUCKY….

Do you hear me,
I’m talking to you
Across the water across the deep blue ocean
Under the open sky oh my, baby I’m trying
Boy I hear you in my dreams
I feel your whisper across the sea
I keep you with me in my heart
You make it easier when life gets hard

I’m lucky I’m in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again
Oooohhhhoohhhhohhooohhooohhooohoooh

They don’t know how long it takes
Waiting for a love like this
Every time we say goodbye
I wish we had one more kiss
I’ll wait for you I promise you, I will

I’m lucky I’m in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again
I’m lucky we’re in love in every way
Lucky to have stayed where we have stayed
Lucky to be coming home someday

And so I’m sailing through the sea
To an island where we’ll meet
You’ll hear the music, fell the air
I’ll put a flower in your hair
Though the breezes through trees
Move so pretty you’re all I see
As the world keeps spinning round
You hold me right here right now

I’m lucky I’m in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again
I’m lucky we’re in love in every way
Lucky to have stayed where we have stayed
Lucky to be coming home someday

Ooohh ooooh oooh oooh ooh ooh ooh ooh
Ooooh ooooh oooh oooh ooh ooh ooh ooh

Persahabatan itu suatu anugerah..dan tak semua insan dapat memiliki dan merasai anugerah daripada Ahadiyat Pencipta ini…seorang teman memang senang diperolehi namun bukan mudah untuk mencari sahabat sejati…teman di mana-mana kita boleh miliki..di pasar ataupun di kedai kopi..tapi sahabat sejati yang bukan hanya dimasa gembira bersama, diwaktu belajar bersama atau diwaktu kaya bersama namun sahabat sejati adalah seorang yang boleh ketawa ketika gembira dan boleh menangis ketika kita berduka…sahabat dia boleh menerima sahabatnya walaupun siapa pun dia..lemah atau hebatnya dia…diwaktu lemah dia penguatnya dan di waktu hebat dia antara insan yang paling berbangga..

Kuasa daripada seorang sahabat sejati sebenarnya tidak mampu ditulis atau diluahkan dengan kata-kata..bayangkan setitis air mata daripada temannya yang berduka bisa mengundang titis-titis jernih air matanya..pelukan hangat daripada seorang sahabat boleh melapangkan hati yang sedang berduka…dan senyuman dan tawanya adalah masa-masa yang indah untuk berkongsi bersama…bayangkan betapa gah monumen yang terpasak dan terbina di fana ini, namun tidak mampu menandingi keutuhan ikatan persahabatan itu…dalam ikatan persahabatan, yang paling penting keikhlasan dari sekeping hati …untuk dirasai oleh hati-hati lain yang tulus suci..cuba sucikan hati untuk memiliki sahabat…kita perlukan teman di fana ini..dan sahabat adalah orangnya..betapa sukar hidup sendiri..dan kerna itu sahabat perlu sentiasa di sisi..yang boleh menegur tika ada kepincangan dan yang boleh mendengar sekiranya sesuatu itu sudah tidak bisa dipendam berseorangan…

Hidup di dunia ini hanyalah sekadar persinggahan..yang kita tidak tahu bila masanya untuk kita teruskan perjalananan menemui Tuhan Yang Esa..tentu kita mahukan pemergian kita itu bukan sahaja diiringi airmata malah diiringi doa untuk kesejahteraan kita disana…kita mahukan ketenangan bila kita tidak ada, bukanlah kata nista ataupun maki daripada insan-insan yang membenci kita…sebab itu kita perlukan ikatan persahabatan dan bukanlah satu dendam permusuhan...kita perlukan persahabatan untuk kita selalu disayangi..bukan dimaki..supaya hidup kita ini sentiasa dihargai…dan supaya pemergian kita nanti bukan diselangi dengan caci maki insan-insan yang kita sakiti..supaya ada insan lain yang boleh mengiringi walaupun hanya sepotong al fatihah…dan orang itu ialah SAHABAT SEJATI…oleh itu hargai sahabat kita…ikhlaskan hati untuk mengikat persahabatan…di mana sahabat kita???hargai mereka dan pohonlah kemaafan daripada insan yang pernah kita lukakan…persahabatan itu sebenarnya satu yang indah..harta yang kita miliki di dunia dan insyaallah sebagai bekalan kita di sana….

IkHlas untuk: Sahabat-sahabat yg aku miliki…anda semua adalah anugerah sejati daripada Allah…love u all…maaf zahir dan batin…



anda stress?
dalam dilema???
marahkan seseorng????
tak puas hati???
bengang????
perlu melepaskan kemaharahan????
fikirkan dahulu...
jangan ikut nafsu...
selalu letakkan diri kita disituasi orang lain..
org yg dimarah
org yg dibenci....
mesti kite boleh perbaiki diri kita...




pesanan ikhlas dr penaja...
berfikirlah scr positive..

kehidupan sesuatu yang abstrak...kekadang ada yang mntafsirkan hidupnya sangat mudah dan ada yang mentafsirkan kehidupan itu satu penyeksaan..walau bagimana kita mentafsirkan tentang kehidupan hakikatnya hidup perlu diteruskan...itulah janji kita sebelum dihantar ke dunia..di mahfuz pencipta..oleh itu mari kita berkongsi tentang kehidupan ini...